Header Welcome

text

JEMPUT DATANG KE BLOG SAYA..mudah mudahan dengan kehadiran blog ini ia dapat memberi manfaat kepada semua, bukan nak tunjuk pandai atau hebat tetapi sekadar berkongsi secebis pengetahuan dari Ilmu Allah yang ada dimuka bumi ini ...

Friday, September 24, 2010

Manual Latihan Tambahan



Berikut adalah beberapa nota tambahan yang tidak terdapat dalam manual asal Kundalini Reiki. Ianya tidak wajib diajar kerana is sememangnya tidak terdapat dalam silibus / module Kundalini Reiki. Tujuan nota tambahan im disediakan adalah bermaksud untuk memberi kefahaman yang lebih tentang Reiki secara amnya serta idea-idea
 LATIHAN 1
Teknik Penyaluran Energi
- Santai, tenang fikiran dan emosi -  Meramas-ramaskan atau menggosokkan kedua-belch telapak tangan beberapa kali-  Letakkan tangan didada. Posisi tangan dan telapak tangan harus sesantai mungkin-  Niatkan (dalam hati) bahawa anda bermaksud untuk menyalurkan Reiki ke tubuh anda. Niat ini hanya dilakukan sekali sahaja.-  Tetap dalam posisi ini selama lebih kurang 5 minit. Tangan diusahakan tidak terlampau banyak bergerak-  Anda harus bersikap pasrah (tidak perlu berkonsentrasi)-  Rasakan sensasi energi di telapak tangan.
akan merasakan fenomena Reiki berupa sensasi rasa hangat serta den.vut-denyut   halus ditelapak tangan.
LATIHAN 2
Melatih kepekaan telapak tangan
-     Pertemukan kedua telapak tangan, hadapkan diantara satu sama lain, jarakkan sedikit. posisi telapak tangan dan tangan harus santai.-    Niatkan (dalam hati) bahawa tangan kanan mengalirkan energi Reiki ke tangan kiri dan tangan kiri menerima energi Reiki dari tangan kanan.-   Tetapkan dalam posisi ini selama 5 minit.-  Rasakan sensasi energi di pusat telapak tangan dan hujung-hujung jari tangan.-   Kemudian Tukar niat salur energi Kundalini Reiki / Diamond Reiki / Gold Reiki pula. Rasakan perbezaan setiap energi masing-masing.
Anda akan merasakan sensasi energi yang berbeza diantara Reiki, Kundalini  Reiki, Diamond Reiki dan Gold Reiki.
LATIHAN 3
Melatih kepekaan telapak tangan
- Letakkan telapak tangan di atas kepala. Jarakkan 10- 1 5cm dari kulit kepala.- Bersikap santai dan tenang.- Rasakan sensasi energi yang terdapat di daerah kepala anda.- Gerakkan posisi tangan dari jarak jauh kepada dekat kepala perlahan-lahan.-  Boleh cuba ubah posisi tangan kebahagian sisi kepala yang lain.
Anda akan merasakan sensasi energi yang mengalir serta timbulnya denyutan-denyutan halus di telapak tangan dan hujung-hujung jari.

LATIHAN TAMBAHAN
Energi dapat disalurkan ke makanan, minuman atau rokok.
Sebaiknya gunakan minuman yang mempunyai rasa yang kuat seperti coca-cola atau guna Rokok Kretek.
Contoh latihan:
-     Siapkan coca-cola 1 meter dihadapan anda , sebelum itu rasakan tcrlebih dahulu dan perhatikan baik-baik.-     Pegang tin minuman tersebut dan niatkan agar energi tersalur ke coca-cola yang ada dihadapan anda. Lakukan 5-10 minit.-     Setelah itu minumlah sedikit coca-cola tersebut dan amati perbezaan yang terjadi.-     Dapat dilakukan berulang-ulang
Bagi mereka yang cukup peka akan dapat merasakan perbezaan rasa dari makanan/minuman sebelum dan selepas dialirkan energi.

TEKNIK MENGAKTIFKAN DAN MERASA ENERGI DITELAPAK TANGAN
Telapak tangan merupakan salah satu pintu tenaga ataupun dikenali sebagai cakra telapak tangan yang juga memainkan peranan penting untuk menyerap, menyalurkan tenaga dan juga    untuk mengesan (scanning) aura dalam proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain. Tetapi pada kebanyakan orang cakra ini kurang aktif
Salah satu kaedah untuk mengaktifkan cakra telapak tangan ialah dengan melakukan latihan di bawah. Dengan ini, anda mampu mengesan (scanning) atau rasa getaran tenaga aura dengan menggunakan telapak tangan.
1)    Letakkan kedua-dua telapak tangan berhadapan diantara satu sama lain (seperti dalam gambarajah dibawah)
2)      Jarakkan lebih kurang 6-7 inci diantara satu sama lain
3)      Niatkan " REIKI MENGALIR "
4)      Bernafas dengan lembut dan tenang sahaja. Tidak perlu fokus atau konsentrasi fikiran
Gambarajah: Kedudukan tangan
5)    Turunkan gelombang otak / rehatkan minda anda ke kondisi Alpha iaitu seperti dalam keadaan meditasi yang tenang.
6)    Fokus pada sensasi/rasa di tapak tangan dan pada masa yang sama tarik nafas perlahan dan lepaskan nafas perlahan-lahan selama 5-10 minit
7)    Kebiasaannya seseorang itu akan merasakan sensasi/tekanan/semutan/haba di telapak tangan, itulah dia energi REIKI
TIPS: MENINGKATKAN KEPEKAAN TELAPAK TANGAN
Ada diantara jurusembuh Reiki yang tidak dapat merasa pengaliran energi sewaktu penyembuhan. Ini disebabkan kurangnya kepekaan tangan. Namun dapat diatasi dengan melakukan self healing pada sendi-sendi tangan atau dapat juga dengan melakukan terapi syaraf tangan iaitu dengan mencelupkan kedua tangan separas lengan pada air hangat dan dingin secara bergantian dengan selang waktu 10 saat. Cara ini akan meningkatkan kepekaan syaraf tangan terhadap sensasi yang ditimbulkan oleh aliran energi. Cubalah.....
 CONTOH-CONTOH KAEDAH MENGGUNAKAN KUNDALINI REIKI UNTUKPELBAGAI HAJAT.
Kundalini Reiki bukan sahaja boleh digunakan untuk perubatan, malahan lebih luas lagi. Bergantung kepada kreativiti pengguna. Disini disertakan beberapa Contoh kaedah menggunakan Reiki untuk pelbagai hajat. Kaedah ini tidak diajar didalam modul / sukatan pelajaran Kundalini Reiki yang asal. Namun disertakan disini sebagai panduan dan diharapkan para pelajar mendapat ilham bagaimana untuk mempergunakan Kundalini Reiki dengan lebih meluas mengikut hajat dan kreativiti sendirl.
A. PENARIK CINTA DAN PENGASIHAN
- Ciptakan kata-kata sugesti / cadangan hajat anda.- Contoh: "NAMA (orang yang diidamkan) CINTA / KASIH KEPADAKU-  Tuliskan ayat tersebut secara visual / bayang / makrifat dengan jari anda ke telapak tangan atau tuliskan dengan pen pada kertas kosong.-   Gosok-gosokkan sebentar kedua telapak tangan-   Tekapkan telapak tangan atas ayat tadi-  Jangan berfikir apa pun dan niatkan " Reiki mengalir"-    Biarkan selama 5 ii-inilt.
B. REZEKI DAN KEKAYAAN
-Ciptakan kata-kata sugesti / cadangan hajat anda.-  Contoh: "SAYA DAPAT RM10,000 SEBULAN"    "SAYA MEMILIKI KERETA GEN-2 WARNA BIRU"   "SAYA MENDAPAT REZEKI DARI SUMBER YANG TIDAK D I SANG KA-SANGKA"
-  Tuliskan ayat tersebut secara visual / bayang / makrifat dengan jari anda ke telapak tangan atau tuliskan dengan pen pada sehelai kertas kosong.- Gosok-gosokkan sebentar kedua telapak tangan-   Tekapkan telapak tangan atas ayat tadi- Jangan berfikir apa pun dan niatkan " Reiki mengalir"-  Biarkan selama 5 minit.
C. MENINGKATKAN KHARISMA DIRI
-   Duduk Bersila seperti meditasi atau duduk diatas kerusi. Badan ditegakkan. kosongkan minda dan bersantai.-   Berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.-  Kemudian bacakan afirmasi / niat:
-  Contoh: "Allah Yang Maha Esa, berikan saya kharisma diri yang agung, dihormati, disegani, digeruni dan dikasihi oleh segenap lapisan manusia ".
Kemudian lakukan meditasi Kundalini Reiki selama 20-30 minit. Bernafas biasa, tenang dan lembut sahaja. Amalkan meditasi in] setiap hari.
D. PEMAGARAN GHAIB — KESELAMATAN DIRT & HARTA BENDA
Kaedah pemagaran I
Tuliskan perkara yang hendak diberi perlindungan.  Contoh: "RUMAH SAYA", "RUMAH AHMAD", "KERETA SAYA".    Tuliskan ayat tersebut secara visual / bayang / makrifat dengan jari anda ke telapak tangan atau tuliskan dengan pen pada sehelai kertas kosong.
       Gosok-gosokkan sebentar kedua telapak tangan- Tekapkan telapak tangan atas ayat tadi -   Jangan berfikir apa pun dan niatkan "Reiki mengalir"-    Biarkan selama 5 minit.-           Ulangi proses ini sekerap mungkin bagi mempertahankan dan mengukuhkan perisai pemagaran tersebut.
Kaedah pemagaran 2
-   Pegang atau sentuh dengan telapak tangan benda yang hendak di buat pemagaran. - Jangan berfikir apa pun dan niatkan " Reiki mengalir"- Biarkan selama 5 minit. - Tambahkan kata-kata sugesti / cadangan di dalam hati, contohnya :   "Ya Allah Berilah perlindungan kepada motorsikal ini daripada perkara-perkara yang merugikan" ucapkan 3 x. -     Ulangi proses int sekerap mungkin bagi mempertahankan dan mengukuhkan perisai pemagaran tersebut.
E. PEMINJAM MEMBAYAR HUTANG
Kaedah untuk membuat / memudahkan orang yang berhutang untuk membayar hutang kepada kita. Cara-caranya:
-     Tulis NAMA orang yang berhutang atas kertas atau makrifatkan di atas telapak tangan.-     Bawah NAMA tersebut tulis perkataan "BAYAR"-     Isyaratkan/bayangkan/makrifatkan tulis pada telapak tangan NAMA orang   -      tersebut - Bawah NAMA tulis perkataan "BAYAR"-     Tepuk telapak tangan, gosok-gosokkan sebentar-     Tekapkan telapak tangan atas NAMA tersebut-     Jangan berfikir apa pun dan niatkan " Reiki mengalir"  Biarkan selama 5 minit.

F. MENGAKTIFKAN PANCA INDERA KE-ENAM
-   Duduk Bersila seperti meditasi atau duduk diatas kerusi. Badan ditegakkan. kosongkan minda dan bersantai.-     Berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.-     Kemudian bacakan afirmasi / niat:
-     Contoh: "Allah Yang Maha Esa, aktifkan dan tingkatkan days panca indera ke enam diriku".
Kemudian lakukan meditasi Kundalini Reiki selama 20-30 minit. Bernafas biasa, tenang dan lembut sahaja. Amalkan meditasi ini setiap hari.
G. UNTUK PELBAGAI HAJAT, MATLAMAT DAN MASALAH
-     Tulis dan senaraikan segala hajat, matlamat atau masalah yang ingin diselesaikan pada sehelai kertas. Senaraikan dengan terperinci.
Contohnya :
MATLAMAT / HAJAT SAYA IALAH:        MASALAH SAYA IALAH:
1.         Pendapatan RM5,000 sebulan                      1. Kuat merokok
2.         Miliki kereta Gen-2 warna biro                    2. Fobia tempat tinggi
3.         Pergi melancong ke Langkawi                       3. ...................................  
Baca senarai tersebut sepintas lalu tanpa menghafalnya.
-     Kemudian lakukan meditasi Kundalini Reiki selama 20-30 minit. Bernafas biasa, tenang dan lembut sahaja. Amalkan meditasi ini setiap hari.-     Baca senarai tersebut setiapkali sebelum memulakan meditasi.
Atau guna cara anda sendiri, apa yang terfikir oleh anda. lkut kreativiti anda. Ia hanyalah contoh sahaja. Lakukan sekerap mungkin sehingga hajat anda tercapai. Yakin dan bersungguh-sungguh adalah kunci kejayaan.
FATWA TENTANG REIKI
Fatwa by: Sheikh Ahmad Kutty A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.
Date:     Sunday,Jan 12 ,2003
On Islam Online: http://www.isIamon]1ne.iiet/Iivefatwa/engl1sh/Browse.asp?hGuestID=evY6h8
Question:
Salamu 'Alaykum. Reiki is a Japanese art for healing which was re-discovered by Mikao Usui in early 1900. This is a way of treatment with the energy through the hands. While giving treatment, there is no such concept which is against our belief. However, the way of attunement and use of some signs before a treatment is disturbing me and it seems to be deriven from Budha's thoughts.
I use Reiki with very firm belief in Allah, and there is no teaching of Budha's thoughts at all although I know that we should pray Allah before giving treatment to anybody. Could you please let me know if Reiki practice has any interaction with the teachings of Islam?
By: Shibab
Answer:
Wa'alaykumusalaamu Warahmatullahi Wabarakatuh.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
"If the kind of treatment you have indicated does not involve any procedures unacceptable in Islam, and there is no assuming of invoking anyone other than Allah for healing, then there is nothing in Islam objectionable to this practice.
In fact, the Prophet (peace and blessings be upon him) taught us that if anyone can help his brother or sister in any way, let him do so without hesitation. Therefore, if Reiki has been found to be a beneficial method of treatment, a Muslim should never hesitate in making use of it."
Allah Almighty knows best.

Berikut diberikan Bonus Attunement Gold Reiki level 1 — level 3.
GOLD REIKI- merupakan suatu teknik tradisi Reiki jenis yang lain. la dikatakan dapat mengubah "Ketakutan" dan " Kesuraman" menjadi "Pencerahan" clan "Kebahagian". Energi ini merupakan energi terkuat di dalam fizik. Energi ini dapat dipergunakan secara sendiri atau dikombinasikan dengan teknik Reiki biasa.

ATTUNEMENT
Gold Reiki level 1,2,3 : diambil selepas 2 hari untuk setiap peringkat selepas 2 hari attunement Kundalini Reiki 3. Anda boleh mulai attunement level 1 pada bila-bila masa tanpa membuat perjanjian dengan kami kerana kami telah membuat terlebih dahulu attunement ini untuk anda, hanya tinggal untuk anda mengambilnya sahaja. Kaedah menerima dan memberi attunement adalah sama seperti kaedah attunement Kundalini Reiki, hanya tukar niat kepada Gold Reiki level 1,2 atau 3.
CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN KEPADA ORANG LAIN
1.   Letakkan telapak tangan anda di tempat yang sakit atau di bahu pesakit.
2.  Kosongkan minda anda dan niat "Gold Reiki mengalir...". Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang clan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3.  Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulai berhenti atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah sempuma.
CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN SECARA JARAK JAUH
1.   Visualkan / bayangkan / tuliskan dengan jar* - nama pesakit ditelapak tangan anda. Kemudian pertemukan / tekupkan kedua belch telapak tangan anda diantara satu sama lain. Atau tubs pada kertas.
2.  Kosongkan minda anda dan niat "Gold Reiki mengalir...". Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3.   Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulai berhenti atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah selesai. Walaubagaimanapun, energi penyembuhan ini akan terns berkeria kepada, pesakit selama is diperlukan.
Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan terhadap diri sendiri. Sebaik-baiknya proses penyembuhan perlulah dilakukan kepada diri sendiri pada setiap hari.

Wednesday, September 22, 2010

Kiai Salleh (Selendang Merah)

Mohd Salleh bin Abdul Karim

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (1916 – April 21,1959) dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Penghulu Salleh,Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. . Ada sesetengah orang kampong menggelarnya Salleh Hitam atau Salleh Keling kerana kulitnya yang agak gelap sedikit.

Dikatakan juga pernah Haji Mohd Salleh menyertai MPAJA (Rakyat Malaya Anti Tentera Jepun) atau Komunis pada tahun 1942 atas desakan berbentuk paksaan oleh ejen-ejen Komunis. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Komunis Melayu Seri Medan pada tahun tersebut. Tetapi beliau tidak pernah menganiayai orang atau membantu Komunis secara langsung. Malah cukai untuk MPAJA yang dikutip oleh beliau dari orang kampong digunakan untuk kenduri kesyukuran serta jamuan makan untuk orang kampong.

Jasa

Kepimpinan Haji Mohd Salleh mula terserlah tahun 1942 kerana kejayaannya menyatupadukan dan memimpin penduduk Melayu daerah Daerah Batu Pahat dari pelbagai suku iaitu Banjar, Jawa, Bugis serta Melayu untuk menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun sehinggalah zaman Pentadbiran Tentera British (BMA) dan zaman darurat.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak Malayan People Anti-Japanese Army MPAJA yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Bintang Tiga (Lambang tiga bintang pada topi), Bucu Tiga (merujuk topi mereka yang berbucu tiga) dan Ketumbu Gila yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Parti Komunis MalayaKomunis telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah dengan mengikut undang-undang mereka dimana berlaku perbicaraan di mahkamah yang dipanggil Mahkamah Rakyat didalam hutan . Lazimnya mereka yang dibicarakan akan didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Bintang Tiga juga menmperkenalkan peraturan-peraturan yang menyebabkan Orang Melayu menjadi marah dan bangkit menentang mereka. Antara peraturan-peraturan tersebut ialah:-

  • Mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali.
  • Memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA.
  • Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong.
  • Menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat.
  • Memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan.
  • Menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan.
  • Mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil melaksanakan hukuman.
  • Melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Ayer Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

[sunting] Rujukan

  • Buku Panduan Wirid Khaujakan disusun oleh Ahli Jawatankuasa Khaujakan bersama Ahli Majlis Fatwa Johor
  • Panglima Salleh Selempang Merah oleh Zaharah Nawawi. September 1986 ISBN 983-62-00552-7

[sunting] Pautan luar

Tuesday, September 21, 2010

contact

Faizal Surip
email = jawason72@gmail.com
sms/whatapps : 013-2081972
Untuk bankin mahar sila bankin ke :
Cimb 04029060131525

sms / whatapps slip pembayaran serta
nama dan alamat andan

Friday, September 3, 2010

Manual Kundalini Reiki Versi 2008

MANUAL KUNDALINI REIKI 2008 

ASSALAMU'ALAIKUM Wr. Wb
Berikut adalah panduan untuk anda menerima attunement / penyelarasan Kundalini Reiki. Attunement Kundalini Reiki ini akan diberikan oleh Encik Faizal Bin Surip Master Reiki / Teacher dalam bentuk Spiritual Attunement.
Jika anda mengambil attunement secara jarak jauh, keberhasilannya adalah sama seperti secara langsung.Dalam Kundalini Reiki, attunement dibuat secara sederhana mungkin dan boleh di kuasai dalam waktu yang singkat.

JARAK WAKTU PENERIMAAN ATTUNEMENT
Attunement hendaklah diambil secara berperingkat-peringkat dari satu level ke level seterusnya mengikut jarak waktu yang telah ditetapkan di bawah:

• Kundalini Reiki level 1 diambil bila-bila masa.
• Kundalini Reiki level 2 diambil selepas 2 hari attunement Kundalini Reiki level I
• Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : diambil selepas 10 hari attunement Kundalini Reiki level 2

MASA UNTUK MEMBUAT ATTUNEMENT
Anda boleh membuat attunement yang pertama (level 1) pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda.
PERHATIAN: Sebelum menerima attunement, pastikan anda telah hubungi saya master faizal dgn sms tarikh & masa untuk anda menerima attunement (mengikut zon masa dikawasan anda). Tel : +013-2081972

A. TATACARA PENERIMAAN ATTUNEMENT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) Bersiap sedia 5 minit sebelum masa yang telah ditetapkan. Jika ada.
2) Caranya, duduk bersila dengan badan tegak dan tidak bersandar. Telapak tangan di atas peha dekat lutut dan membuka ke atas. Boleh juga duduk di atas kerusi. Kaki menyentuh lantai, mata dipejamkan. Setelah santai baru mulai attunement dengan tetap pada posisi tersebut.

3) Pastikan anda tidak memakai sebarang benda yang bersifat mengalirkan energi seperti benda logam, batu kristal dan kulit. Tenangkan diri dan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing"
Pilihan cadangan bagi penuntut beragama Islam sebelum menerima attunment baca:
    i.  fatihah 1x
    ii  al ikhlas 1x
    iii al falaq 1x
    iv an nas   1x
     v. al kafirun 1x

4) Ucapan afirmasi penerimaan attunement:
 

’Ya Allah tuhan yang maha esa, saya sekarang sedang menerima attunement kundalini Reiki *** Level 1 daripada master Faizal Bin Surip dengan sempurna dan abadi”

Kemudian anda lakukan meditasi sclama ± 25 minit. Bernafas dengan perlahan dan tenang seperti biasa dan sesantai mungkin. Jangan fikir atau mencari 'rasa' apa pun. Hayati dan nikmati pernafasan anda dengan setenangnya.

5) Setelah selesai, ucapkan terima kasih kepada Allah Yang Maha Esa di atas Attunement dan Energi yang diberikan. ( Alhamdulillah…… )

*** Attunement diambil secara berperingkat. Untuk level 2 dan 3 sila ikut jarak waktu yang ditetapkan. Hanya tukar niat kepada level 2 atau level 3.

"TIDAK ADA SENSASI BUKAN BERERTI TIDAK ADA ENERGI"
Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi semasa attunement berlangsung tidak bermakna anda tidak memperolehi attunement. Yakinlah bahawa attunement PASTI berjaya. Sensasi yang dirasakan adalah berhubung dengan tahap kepekaan seseorang. Jika anda santai, sensasinya lebih mudah dirasakan. Namun jika sejak awal sudah memasang sasaran bahawa sensasinya harus bersifat tertentu, tetapi ketika yang timbul adalah sensasi yang lain bukan seperti yang diharapkan, maka anda tidak akan merasakannya.

B) . PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS INI.

1) KUNDALINI REIKI MEDITATION / MEDITASI KUNDALINI REIKI

Anda sudah boleh melakukan meditasi khusus Kundalini Reiki bagi tujuan membersihkan cakra-cakra dan saluran energi anda.

Berikut adalah kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:

a) Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata (cara yang sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
b) Niatkan "**Meditasi Kundalini Reiki". Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas 5 minit kemudiannya. Tenang dan santai serta nikmatilah proses ini.

**Kaedah alternatif untuk Muslim:
Niatkan " Sahaja aku bermeditasi untuk membersih tubuh lahir dan batin kerana Allah taala"

Digalakkan anda melakukan meditasi ini pada setiap hari atau mengikut kelapangan anda (maksima 1 kali sehari) bagi tujuan pembersihan. Dengan ini anda juga akan menerima energi yang bersesuaian dengan keperluan anda tanpa berlebihan. (sama seperti dalam proses penyembuhan). Tempoh masa minima ialah 5 minit, tetapi digalakkan untuk buat lebih dari 30 minit sehari.

2) BEFORE TREATMENT (Sebelum rawatan)
Sebelum kali pertama melakukan rawatan pada orang lain, maka disarankan seseorang jurusembuh untuk melakukan rawatan ke atas diri sendiri terlebih dahulu, terutama : Crystalline Reiki, DNA Reiki, Location Reiki, dan Birth Trauma Reiki. Sila rujuk tajuk - PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 3 . Perkara ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali seumur hidup. BUKAN dilakukan setiap kali ingin memberi rawatan kepada orang lain. Tetapi jika dilakukan selalu pun tiada salahnya. Terpulang kepada anda.

GUNAKAN REIKI
Selalu alirkan energi Reiki kepada diri sendiri dan orang lain yang memerlukan. Lihatlah surat khabar dan majalah, jika terdapat berita orang yang menderita, salurkan energi Reiki pada gambar atau nama orang yang memerlukan bantuan tersebut. Ini akan meningkatkan kualiti penyaluran energi anda disamping itu anda juga turut membuat amalan kebajikan.

MANFAAT REIKI DAN KELEBIHANNYA
• Membuat seseorang lebih segar dan tetap sihat
• Pencegahan dan dan pengubatan berbagal penyakit fisik, emosi, dan mental.
• Menghilangkan stress dan membuat lebih santai sehingga sangat bermanfaat tidak
saja bagi orang-orang umum, tetapi juga bagi para eksekutif.
• Menghilangkan kebiasaan-kebiasan negatif.
• Melindungi dari berbagai hal-hal negatif.
• Membantu dalam materialisasi dalam Kehidupan sehari-hari dan pekerjaan/usaha
• Meningkatkan kesadaran dan kualiti meditasi
• Memperhalus kulit dan awet muda.
• Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/ Pernafasan lainnya.

KELEBIHAN-KELEBIHAN REIKI
• Lebih mendekatkan seseorang kepada Tuhan Y.M.E.
• Mudah dipelajari, hanya dalam beberapa jam saja.
• Jurusembuh menyembuhkan hanya dengan niat saja.
• Setiap kali menyembuhkan, energi Jurusembuh akan bertambah secara kuantiti dan kualiti.
• Tidak dapat dipergunakan untuk hal-hal negative.
• Tidak menularkan energi negatif baik dari pesakit kepada jurusembuh maupun sebaliknya.
• Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
• Seseorang jurusembuh dapat menggabungkan energi untuk hasil yang lebih baik.
• Energinya tidak akan berkurang dan mengalir sesuai dengan keperluannya.

MATLAMAT PERLATIHAN KUNDALINI REIKI
• Dapat terhubung (channeling) dengan energi Reiki
• Dapat menyembuhkan diri sendirl (self-healing) dan menyembuhkan orang lain
• Memahami penggunaan program-program yang tersedia pada tradisi Kundalini Reiki
• Dapat memberikan attunement kepada orang lain

ETIKA DALAM REIKI
Tidak menjanjikan kesembuhan
• Memberikan keterangan ringkas tentang Reiki
• Jika perlu menyentuh pesakit, dapatkan keizinan terlebih dahulu
• Tidak melakukan diagnosis
   Menjaga kerahsiaan informasi mengenal pesakit

PERHATIAN
Reiki adalah Supplementary Treatment, dan tidak dimaksudkan untuk menggantikan "Penyembuhan Kedoktoran" atau menggantikan ubat-ubatan. Jurusembuh / pengamal Reiki tidak diperkenankan menyarankan kepada pesakit untuk menghentikan proses penyembuhan doktor.

Jurusembuh Reiki tidak diperkenankan untuk melakukan Diagnosis penyakit, kecuali jika pengamal Reiki tersebut adalah Ahli medis yang memiliki kelayakan misalnya: seorang doctor.
Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal, Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.

MENYALURKAN REIKI
Yang penting dalam menyalurkan Reiki adalah niat awal untuk menyalurkan, meletakan tangan ke bahagian yang dituju, santai dan pasrah, jangan melakukan usaha apa pun atau berusaha menyembuhkan. Nikmati saja sensasi yang dirasakan, jika tidak merasa apa-apa pun tidak mengapa. Yang penting yakin sahaja. Sebaiknya saat menyalurkan Reiki tidak banyak bercakap.

CIRI CIRI  DASAR KUNDALINI REIKI
• Tanpa Attunement Fisik
• Khusus untuk membuka gulungan Kundalini dan menaikkan Api Kundalini.
• Penggunaannya sangat mudah dan sederhana iaitu melalui kaedah pemprograman.
• Tanpa penggunaan simbol.
• Dapat digabung dengan teknik dari tradisi lain.
• Tata cara Attunement yang sangat mudah dan sederhana.
• Jurusembuh akan memperolehi beberapa energi yang berbeza.
• Boleh dipelajari setiap orang tanpa membezakan usia dan agama.

KESAN PASCA ATTUNEMENT 
 Setelah seseorang pelajar menerima attunement untuk pertama kalinya, berkemungkinan akan terjadinya `efek pasca attunement' pada sebahagian orang, di mana efek ini merupakan sesuatu perkara yang NORMAL dan tidak perlu dikhuatirkan.
• OVER ENERGY
   - energi eterik mengalir terns menerus , bersirkulasi di seluruh jaringan tubuh eterik.
• DETOKSIFIKASI terjadi peningkatan kekerapan buang air besar dan kecil.
• OVER HEATING suhu tubuh cenderung meningkat.
• PERUBAHAN POLA TIDUR kecenderungan lebih mudah mengantuk.
Hal-hal diatas hanya bersifat sementara , kerana adanya penyelarasan kembali aliran "chi" internal (energi dalaman) , dan merupakan sesuatu yang bersifat positif (bukan penyakit).
Seseorang yang mempunyai masalah dengan pembangkitan kundalini atau masalah yang bersangkutan dengan kundalini, sering kali boleh disembuhkan dengan Kundalini Reiki.
Bagi yang berniat untuk belajar Kundalini Reiki hendaklah bermula dengan Kundalini Reiki level 1, walaupun sebelum ini anda pernah mendapat attunement daripada tradisi Reiki yang lainnya.

KUNDALINI REIKI LEVEL I
Penyelarasan / attunement yang pertama ini membuka saluran penyembuhan untuk membolehkan penyaluran energi Reiki. Kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra¬cakra disingkirkan (melainkan Cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke Cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan kundalini Reiki yang anda akan dialami dalam pengaktifan kundalini Reiki peringkat 2 (KUNDALINI REIKI LEVEI, 2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya Reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan Kundalini Reiki level 1. Anda akan diajar dengan lengkap bagaimana untuk melakukan rawatan penyembuhan dan penyembuhan secara jarak jauh. Kundalini reiki level 1 adalah bersamaan dengan attunement USHUI Reiki level 1-2-3.

KUNDALINI REIKI LEVEL 2
Saluran Reiki telah diperkuatkan. Mula terjadinya pembangkitan Kundalini dimana penaikan 'api' kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini dalam Kundalini Reiki level 3. Anda juga akan diajar meditasi khusus untuk menaikkan 'api'/energi kundalini dengan cepat disamping dapat membersihkan kesemua cakra / sistem energi. (Syarat attunement: minima 2 hari selepas attunement Kundalini Reiki level 1).

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (Kundalini Reiki Master)
Mula berlaku pembangkitan penuh kundalini hingga ke cakra mahkota. Anda akan diajar cara memberi penyelarasan kepada batu kristal agar mampu bertindak sebagai saluran Reiki.
(Syarat attunement: minima 10 hari selepas attunement kundalini reiki level 2.
Beberapa attunement tambahan akan diberikan dalam Kundalini Reiki level 3 iaitu: -
1. Balance Reiki 5. Birth Trauma Reiki
2. Diamond Reiki 6. Location Reiki
3. Crystalline Reiki
4. DNA Reiki
Kesemua teknik ini sudan termasuk didalam attunement Kundalini Reiki Level 3, tidak perlu diambil secara berasingan.

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 1
HEALING / PENYEMBUHAN.
Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki level 1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri mahupun orang lain secara dari jarak dekat mahupun jarak jauh. Melalui pengosongan minda dan niat Kundalini Reiki maka energi penyembuhan itu akan mengalir,dan anda biarkan is terus mengalir, tanpa perlu lagi menumpukan perhatian, kerana la akan berfungsi dengan sendirinya, hanya anda atau pesakit perlu bertenang dan alami energi itu. Selepas 3 atau 5 minit akan dirasakan energi itu berhenti dan anda biasanya akan merasai sedikit keletihan, ini bermakna proses penyembuhan telah siap.
Walaupun begitu, energi penyembuhan ini tetap akan terus wujud di dalam tubuh pesakit. Ertinya proses penyembuhan akan terus berjalan tanpa sempadan masa, lokasi dan situasi. Kerana itu juga energi ini dlkenall sebagai energi pintar anda cuma perlu programkan dan ia akan berfungsi dimana penyakit yang tersembunyi akan muncul keluar dan sasaran keberadaannya dicari dengan pasti. Dengan cara ini pesakit akan sentiasa menerima penyembuhan tepat yang diperlukan tanpa mengambil kira samada penyakitnya itu berat atau ringan. Ingatlah yang energi itu akan sentiasa mengalir ke mana ia diperlukan.
Ini adalah perumpamaan/contoh untuk membantu anda untuk lebih memahaminya:
Sekiranya anda mencurahkan sebekas air (sifatkan air ini sebagai energi) ke atas sebatang jalan yang di penuhi dengan lubang-lubang di bawahnya. Apa yang akan berlaku? Air akan berkumpul di dalam lubang di bawah jalan tadi. Anda tidak perlu mengisi setiap lubang satu persatu untuk memenuhinya. Air tadi akan mengalir ke situ dengan sendirinya. Inilah caranya pengaliran energi. Mulakan pengaliran dan ia akan berkumpul di mana la diperlukan. !

CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN KEPADA ORANG LAIN
1) Letakkan telapak tangan anda di tempat yang sakit atau di bahu pesakit.
2) Kosongkan minda anda dan niat "Reiki mengalir..." (selepas attunement Kundalini Reiki level 2, anda boleh niatkan "Kundalini Reiki" ). Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3) Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulai berhenti atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah sempurna.
UNTUK RAWATAN DIRI SENDIRI,
sentuh pada tempat yang sakit atau pada dada sendiri lalu alirkan energi Reiki.

Selepas membuat rawatan kepada orang lain disarankan anda:
1. Memutuskan hubungan energi dengan penerima
2. Melakukan "Grounding" / membuang energi yang tidak diperlukan
MEMUTUSKAN HUBUNGAN ENERGI DENGAN PESAKIT
Semasa melakukan penyembuhan kepada pesakit, anda telah terhubung dengan energi eterik pesakit tersebut. Adalah penting untuk memutus hubungan energi diantara anda dan pesakit kerana jika tidak ia berkemungkinan menyebabkan tenaga anda akan diserap secara terns menerus oleh pesakit tersebut dan membuatkan anda merasa kekurangan tenaga / keletihan.
Caranya : Setelah habis mengalirkan energi, renjis-renjis atau kibas-kibaskan tangan anda sambil niatkan " Ya Allah Putuskan energi hubungan energi saya dengan pesakit".... Sebut 3x dalam hati dengan tegas.

GROUNDING / MEMBUANG ENERGI YANG TIDAK DIPERLUKAN •
Selepas memutuskan hubungan energi anda dengan pesakit, maka lakukan pula grounding iaitu membuang energi yang tidak diperlukan. Diantara kaedah yang boleh dilakukan ialah:
Kaedah #I:
Berdiri menjejak kaki di atas tanah tanpa sebarang alas kaki. Kemudian niatkan – "Buang energi negative ke bumi". Berdiri seketika lebih kurang 2-5 minit.
Kaedah #2:
Sediakan sebesin air bersih yang dicampur dengan satu 1-2 sudu garam kasar. Rendamkan kedua telapak tangan anda kedalam air larutan garam tersebut sambil niatkan – "Buang energi negative". Rendam selama 2-5 minit kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Kaedah #3:
Alirkan tangan anda dibawah air paip yang mengalir secara terus-menerus lebih kurang 2-5 minit sambil niatkan – "Buang energi negative"
Kaedah grounding ini adalah penting untuk menyeimbangkan kembali tenaga dalaman anda setiap kali selepas melakukan rawatan. Ini adalah kerana anda akan menerima longgokan energi didalam tubuh anda setiap kali anda melakukan rawatan. Longgokkan energi ini jika terlalu banyak didalam tubuh anda akan mengakibatkan anda merasa pening kepala atau kepanasan tubuh badan. Manakala jika kekurangan tenaga pula boleh menyebabkan anda keletihan. Dengan melakukan teknik grounding ini membolehkan, anda membuang lebihan energi didalam tubuh anda dan memberikan anda energi yang baru.
LEBIHAN ENERGI YANG TIDAK DIPERLUKAN
Sering kali tedadi dimana seseorang itu terasa pangs-pangs badan , getaran energi , arus tenaga ditelapak tangan dan tubuh yang melampau dan mengganggu keselesaan, atau pening kepala. Ini mungkin kerana anda mengalami lebihan energi didalam tubuh. la dapat di redakan dengan melakukan teknik grounding seperti diatas , iaitu niatkan –"Buang lebihan energi, selaras dan seimbang dalam tubuhku".

CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN SECARA JARAK JAUH
1) Visualkan / bayangkan tuliskan dengan jari - nama pesakit ditelapak tangan anda. Kcmudian pertemukan tekupkan kedua belch telapak tangan anda diantara satu sama lain. Atau tulis pada kertas atau alirkan terus pada gambar pesakit.
2) Kosongkan minds anda dan niat "Reiki mengalir..." (selepas attunement Kundalini Reiki level 2, anda boleh niatkan "Kundalini Reiki" ). Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3) Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulal berhenti atau anda merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah selesai. Walaubagaimanapun, energi penyembuhan ini akan terus berkerja kepada pesakit.
Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan terhadap diri sendiri. Sebaik-baiknya proses penyembuhan perlulah dilakukan kepada diri sendiri pada setiap hari.

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)
Biasanya terdapat suatu hubungan karma diantara seseorang yang kita sayangi atau yang pernah kita sayangi. Hubungan ini kadangkala boleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh-pengaruh negatif kepada bahagian fizikal dan energi kita. Kerapkali hubungan¬ hubungan itu bertambah kuat apabila hubungan karma disembuhkan. Anda perlu menggunakan jenis penyembuhan sebegini di antara diri anda dan mereka yang anda sayangi atau pernah anda sayangi. Untuk ini anda perlu menggunakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki hubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain.
Kaedah yang digunakan ialah seperti kaedah penyembuhan jarak jauh. Sebagai contoh, jika anda ingin memperbaiki hubungan diantara anda dengan ibu anda. Tuliskan -"hubungan saya dengan ibu saya" dengan jari anda di telapak tangan, tekupkan kedua telapak tangan anda clan alirkan energi seperti biasa. Jika anda ingin melakukan penyembuhan terhadap orang lain, sebagai contohnya — tuliskan "hubungan Ahmad dan ibunya" dan alirkan energi. Kebiasaannya cukup di alirkan sekitar 5-7 minit sahaja.

SITUATION / QUALITY HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI / KUALITI )

Anda juga boleh menyembuhkan sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/ watak. Seperti ketidakstabilan emosi. contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas, kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri', kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.
Tuliskan / niatkan —"perasaan marah saya" atau "kesedihan saya"

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 2
HEALING / PENYEMBUHAN
Mulai daripada saat ini, apabila melakukan penyembuhan, anda patut niatkan "Kundalini Reiki" kerana ketika ini anda juga menggunakan "Energi Kundalini" sebagai energi penyembuhan. Kaedah rawatan adalah sama seperti penjelasan teknik Kundalini Reiki level 1.

1) KUNDALINI REIKI MEDITATION / MEDITASI KUNDALINI REIKI
Anda sudah boleh melakukan meditasi khusus Kundalini Reiki bagi tujuan membersihkan cakra-cakra dan salurar. energi anda.

Berikut adalah kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:
1) Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata
     (cara yang sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
2) Niatkan "**Meditasi Kundalini Reiki". Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas  
    5  minit kcinudiannya. Tenang dan santai serta nikmatilah proses ini.

**Kaedah altematif untuk Muslim:
Niatkan " Sahaja aku bermeditasi untuk membersih tubuh lahir dan batin kerana Allah taala"

(PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM BILIK / RUMAH)
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
CONTOH:
1. Jika ingin membersihkan energi negatif di rumah kawan anda yang si Ahmad. Contoh seperti berikut – visualkan / tuliskan dengan jari - "Rumah Ahmad" ditelapak tangan anda. Kemudian pertemukan / tekupkan kedua-belah telapak tangan anda diantara satu sama lain. Atau tulis pada kertas dan tekap telapak tangan pada kertas.
2. Kosongkan minda anda alirkan energi seperti cara biasa. Cukup sekadar 5-7 minit sahaja. (Niatkan: Reiki mengalir.. atau Kundalini Reiki mengalir....)
3. Kaedah ini perlulah di ulang setiap 14 hari sekali.
Jangan khuatir jika anda tidak dapat visualkan perkara yang dikehendaki itu dengan jelas dan tepat di telapak tangan kerana dengan hanya berniat sahaja sebenarnya energi tersebut telah langsung menuju kepada perkara yang dimaksudkan.

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 3
ATTUNEMENT TAMBAHAN
Inilah tahap terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki dan dari tahap ini anda sudah mencapai tahap master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan:
1. DIAMOND REIKI (Reiki Berlian) – sebuah kristal etherik telah ditempatkan di atas cakra Mahkota. hanya suatu energi yang kuat dalam situasi penyembuhan.
Cara penggunaannya: Niatkan sahaja "Diamond Reiki". Anda dapat merasakan energi yang lebih kuat daripada energi Reiki biasa. Teknik ini boleh dikombinasikan dengan energi Reiki yang lainnya.
2. CRYSTALLINE REIKI (Reiki kristal) Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu, ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma, sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh,kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah ini, kristal tersebut boleh dicair dan disembuhkan.
Cara penggunaannya: Teknik ini tidak dapat dilakukan secara jarak jauh. Memerlukan 2 kali sesi rawatan dimana setiap sesi mengambil masa 15 minit. Posisi kedua belah telapak tangan hendaklah menyentuh pesakit. Walaubagaimanapun jika hendak dilakukan pada diri sendiri, anda harus menggunakan kaedah penyembuhan jarak jauh. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.
3. DNA REIKI (Reiki DNA) – Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan untaian DNA. Anda kini mampu menyembuhkan genetik dan penyakit keturunan yang negatif. Kesan keberhasilannya dapat anda lihat selepas 3 minggu.

Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak
tangan dan jarak jauh. Hanya matkan "DNA Reiki mengalir...." Dan alirkan sekitar
5-7 minit. . Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

4. BIRTH TRAUMA REIKI (Reiki trauma kelahiran)
Trauma yang paling berat biasanya adalah proses kelahiran. Trauma kelahiran tersebut boleh disembuhkan dengan perlahan-lahan dengan kaedah ini. Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak tangan dan jarak jauh. Hanya matkan "Birth Trauma Reiki mengalir...." Dan alirkan sekitar 5-7 minit.. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

5. LOCATION REIKI (Reiki lokasi)
- Sebagaimana adanya hubungan karma diantara manusia, terdapat juga hubungan diantara manusia,lokasi/tempat dan juga bumi. Hubungan-hubungan ini boleh melemahkan kita dan kadangkala ia mempengaruhi kesihatan fizikal kita. Energi yang digunakan di sini sedikit berbeza dengan Diamond Reiki, dan mendatangkan kesan yang optima.
Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak tangan dan jarak jauh. Hanya niatkan "Location Reiki mengalir...". Dan alirkan sekitar 5-7 minit. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

6.BALANCE REIKI (Menyeimbangkan energi) — berfungsi untuk menyeimbangkan sistem energi didalam, tubuh.
Cara penggunaannya: Sentuh dan cantumkan kesemua jari-jari dan ibu jari di kedua-dua tangan, dan niatkan "Balance Reiki". Cukup hanya 30 saat sahaja. Proses ini akan berjalan dengan sendirinya selama 1 jam dan hanya perlu dilakukan 1 kali sehari sahaja. Posisi tangan ketika "Balance Reiki" adalah seperti rajah di sebelah.

BEFORE TREATEMENT (Sebelum rawatan)
Sebelum melakukan rawatan pada orang lain, maka disarankan seseorang jurusembuh untuk melakukan rawatan ke atas diri sendiri terlebih dahulu, terutama : Crystalline Reiki, DNA Reiki,Location Reiki, dan Birth Trauma Reiki. Perkara in' hendaklah dilakukan sekurang-¬kurangnya 1 kali seumur hidup. BUKAN dilakukan setiap kali ingin member' rawatan kepada orang lain. Tetapi jika dilakukan selalu pun tiada salahnya. Terpulang kepada anda.

Anda Telah Khatam Kundalini Reiki – Tahniah Gunakanlah Untuk Kebaikan Insyallah.