Header Welcome

text

JEMPUT DATANG KE BLOG SAYA..mudah mudahan dengan kehadiran blog ini ia dapat memberi manfaat kepada semua, bukan nak tunjuk pandai atau hebat tetapi sekadar berkongsi secebis pengetahuan dari Ilmu Allah yang ada dimuka bumi ini ...

Friday, September 3, 2010

Manual Kundalini Reiki Versi 2008

MANUAL KUNDALINI REIKI 2008 

ASSALAMU'ALAIKUM Wr. Wb
Berikut adalah panduan untuk anda menerima attunement / penyelarasan Kundalini Reiki. Attunement Kundalini Reiki ini akan diberikan oleh Encik Faizal Bin Surip Master Reiki / Teacher dalam bentuk Spiritual Attunement.
Jika anda mengambil attunement secara jarak jauh, keberhasilannya adalah sama seperti secara langsung.Dalam Kundalini Reiki, attunement dibuat secara sederhana mungkin dan boleh di kuasai dalam waktu yang singkat.

JARAK WAKTU PENERIMAAN ATTUNEMENT
Attunement hendaklah diambil secara berperingkat-peringkat dari satu level ke level seterusnya mengikut jarak waktu yang telah ditetapkan di bawah:

• Kundalini Reiki level 1 diambil bila-bila masa.
• Kundalini Reiki level 2 diambil selepas 2 hari attunement Kundalini Reiki level I
• Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : diambil selepas 10 hari attunement Kundalini Reiki level 2

MASA UNTUK MEMBUAT ATTUNEMENT
Anda boleh membuat attunement yang pertama (level 1) pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda.
PERHATIAN: Sebelum menerima attunement, pastikan anda telah hubungi saya master faizal dgn sms tarikh & masa untuk anda menerima attunement (mengikut zon masa dikawasan anda). Tel : +013-2081972

A. TATACARA PENERIMAAN ATTUNEMENT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) Bersiap sedia 5 minit sebelum masa yang telah ditetapkan. Jika ada.
2) Caranya, duduk bersila dengan badan tegak dan tidak bersandar. Telapak tangan di atas peha dekat lutut dan membuka ke atas. Boleh juga duduk di atas kerusi. Kaki menyentuh lantai, mata dipejamkan. Setelah santai baru mulai attunement dengan tetap pada posisi tersebut.

3) Pastikan anda tidak memakai sebarang benda yang bersifat mengalirkan energi seperti benda logam, batu kristal dan kulit. Tenangkan diri dan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing"
Pilihan cadangan bagi penuntut beragama Islam sebelum menerima attunment baca:
    i.  fatihah 1x
    ii  al ikhlas 1x
    iii al falaq 1x
    iv an nas   1x
     v. al kafirun 1x

4) Ucapan afirmasi penerimaan attunement:
 

’Ya Allah tuhan yang maha esa, saya sekarang sedang menerima attunement kundalini Reiki *** Level 1 daripada master Faizal Bin Surip dengan sempurna dan abadi”

Kemudian anda lakukan meditasi sclama ± 25 minit. Bernafas dengan perlahan dan tenang seperti biasa dan sesantai mungkin. Jangan fikir atau mencari 'rasa' apa pun. Hayati dan nikmati pernafasan anda dengan setenangnya.

5) Setelah selesai, ucapkan terima kasih kepada Allah Yang Maha Esa di atas Attunement dan Energi yang diberikan. ( Alhamdulillah…… )

*** Attunement diambil secara berperingkat. Untuk level 2 dan 3 sila ikut jarak waktu yang ditetapkan. Hanya tukar niat kepada level 2 atau level 3.

"TIDAK ADA SENSASI BUKAN BERERTI TIDAK ADA ENERGI"
Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi semasa attunement berlangsung tidak bermakna anda tidak memperolehi attunement. Yakinlah bahawa attunement PASTI berjaya. Sensasi yang dirasakan adalah berhubung dengan tahap kepekaan seseorang. Jika anda santai, sensasinya lebih mudah dirasakan. Namun jika sejak awal sudah memasang sasaran bahawa sensasinya harus bersifat tertentu, tetapi ketika yang timbul adalah sensasi yang lain bukan seperti yang diharapkan, maka anda tidak akan merasakannya.

B) . PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS INI.

1) KUNDALINI REIKI MEDITATION / MEDITASI KUNDALINI REIKI

Anda sudah boleh melakukan meditasi khusus Kundalini Reiki bagi tujuan membersihkan cakra-cakra dan saluran energi anda.

Berikut adalah kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:

a) Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata (cara yang sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
b) Niatkan "**Meditasi Kundalini Reiki". Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas 5 minit kemudiannya. Tenang dan santai serta nikmatilah proses ini.

**Kaedah alternatif untuk Muslim:
Niatkan " Sahaja aku bermeditasi untuk membersih tubuh lahir dan batin kerana Allah taala"

Digalakkan anda melakukan meditasi ini pada setiap hari atau mengikut kelapangan anda (maksima 1 kali sehari) bagi tujuan pembersihan. Dengan ini anda juga akan menerima energi yang bersesuaian dengan keperluan anda tanpa berlebihan. (sama seperti dalam proses penyembuhan). Tempoh masa minima ialah 5 minit, tetapi digalakkan untuk buat lebih dari 30 minit sehari.

2) BEFORE TREATMENT (Sebelum rawatan)
Sebelum kali pertama melakukan rawatan pada orang lain, maka disarankan seseorang jurusembuh untuk melakukan rawatan ke atas diri sendiri terlebih dahulu, terutama : Crystalline Reiki, DNA Reiki, Location Reiki, dan Birth Trauma Reiki. Sila rujuk tajuk - PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 3 . Perkara ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali seumur hidup. BUKAN dilakukan setiap kali ingin memberi rawatan kepada orang lain. Tetapi jika dilakukan selalu pun tiada salahnya. Terpulang kepada anda.

GUNAKAN REIKI
Selalu alirkan energi Reiki kepada diri sendiri dan orang lain yang memerlukan. Lihatlah surat khabar dan majalah, jika terdapat berita orang yang menderita, salurkan energi Reiki pada gambar atau nama orang yang memerlukan bantuan tersebut. Ini akan meningkatkan kualiti penyaluran energi anda disamping itu anda juga turut membuat amalan kebajikan.

MANFAAT REIKI DAN KELEBIHANNYA
• Membuat seseorang lebih segar dan tetap sihat
• Pencegahan dan dan pengubatan berbagal penyakit fisik, emosi, dan mental.
• Menghilangkan stress dan membuat lebih santai sehingga sangat bermanfaat tidak
saja bagi orang-orang umum, tetapi juga bagi para eksekutif.
• Menghilangkan kebiasaan-kebiasan negatif.
• Melindungi dari berbagai hal-hal negatif.
• Membantu dalam materialisasi dalam Kehidupan sehari-hari dan pekerjaan/usaha
• Meningkatkan kesadaran dan kualiti meditasi
• Memperhalus kulit dan awet muda.
• Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/ Pernafasan lainnya.

KELEBIHAN-KELEBIHAN REIKI
• Lebih mendekatkan seseorang kepada Tuhan Y.M.E.
• Mudah dipelajari, hanya dalam beberapa jam saja.
• Jurusembuh menyembuhkan hanya dengan niat saja.
• Setiap kali menyembuhkan, energi Jurusembuh akan bertambah secara kuantiti dan kualiti.
• Tidak dapat dipergunakan untuk hal-hal negative.
• Tidak menularkan energi negatif baik dari pesakit kepada jurusembuh maupun sebaliknya.
• Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
• Seseorang jurusembuh dapat menggabungkan energi untuk hasil yang lebih baik.
• Energinya tidak akan berkurang dan mengalir sesuai dengan keperluannya.

MATLAMAT PERLATIHAN KUNDALINI REIKI
• Dapat terhubung (channeling) dengan energi Reiki
• Dapat menyembuhkan diri sendirl (self-healing) dan menyembuhkan orang lain
• Memahami penggunaan program-program yang tersedia pada tradisi Kundalini Reiki
• Dapat memberikan attunement kepada orang lain

ETIKA DALAM REIKI
Tidak menjanjikan kesembuhan
• Memberikan keterangan ringkas tentang Reiki
• Jika perlu menyentuh pesakit, dapatkan keizinan terlebih dahulu
• Tidak melakukan diagnosis
   Menjaga kerahsiaan informasi mengenal pesakit

PERHATIAN
Reiki adalah Supplementary Treatment, dan tidak dimaksudkan untuk menggantikan "Penyembuhan Kedoktoran" atau menggantikan ubat-ubatan. Jurusembuh / pengamal Reiki tidak diperkenankan menyarankan kepada pesakit untuk menghentikan proses penyembuhan doktor.

Jurusembuh Reiki tidak diperkenankan untuk melakukan Diagnosis penyakit, kecuali jika pengamal Reiki tersebut adalah Ahli medis yang memiliki kelayakan misalnya: seorang doctor.
Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal, Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.

MENYALURKAN REIKI
Yang penting dalam menyalurkan Reiki adalah niat awal untuk menyalurkan, meletakan tangan ke bahagian yang dituju, santai dan pasrah, jangan melakukan usaha apa pun atau berusaha menyembuhkan. Nikmati saja sensasi yang dirasakan, jika tidak merasa apa-apa pun tidak mengapa. Yang penting yakin sahaja. Sebaiknya saat menyalurkan Reiki tidak banyak bercakap.

CIRI CIRI  DASAR KUNDALINI REIKI
• Tanpa Attunement Fisik
• Khusus untuk membuka gulungan Kundalini dan menaikkan Api Kundalini.
• Penggunaannya sangat mudah dan sederhana iaitu melalui kaedah pemprograman.
• Tanpa penggunaan simbol.
• Dapat digabung dengan teknik dari tradisi lain.
• Tata cara Attunement yang sangat mudah dan sederhana.
• Jurusembuh akan memperolehi beberapa energi yang berbeza.
• Boleh dipelajari setiap orang tanpa membezakan usia dan agama.

KESAN PASCA ATTUNEMENT 
 Setelah seseorang pelajar menerima attunement untuk pertama kalinya, berkemungkinan akan terjadinya `efek pasca attunement' pada sebahagian orang, di mana efek ini merupakan sesuatu perkara yang NORMAL dan tidak perlu dikhuatirkan.
• OVER ENERGY
   - energi eterik mengalir terns menerus , bersirkulasi di seluruh jaringan tubuh eterik.
• DETOKSIFIKASI terjadi peningkatan kekerapan buang air besar dan kecil.
• OVER HEATING suhu tubuh cenderung meningkat.
• PERUBAHAN POLA TIDUR kecenderungan lebih mudah mengantuk.
Hal-hal diatas hanya bersifat sementara , kerana adanya penyelarasan kembali aliran "chi" internal (energi dalaman) , dan merupakan sesuatu yang bersifat positif (bukan penyakit).
Seseorang yang mempunyai masalah dengan pembangkitan kundalini atau masalah yang bersangkutan dengan kundalini, sering kali boleh disembuhkan dengan Kundalini Reiki.
Bagi yang berniat untuk belajar Kundalini Reiki hendaklah bermula dengan Kundalini Reiki level 1, walaupun sebelum ini anda pernah mendapat attunement daripada tradisi Reiki yang lainnya.

KUNDALINI REIKI LEVEL I
Penyelarasan / attunement yang pertama ini membuka saluran penyembuhan untuk membolehkan penyaluran energi Reiki. Kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra¬cakra disingkirkan (melainkan Cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke Cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan kundalini Reiki yang anda akan dialami dalam pengaktifan kundalini Reiki peringkat 2 (KUNDALINI REIKI LEVEI, 2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya Reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan Kundalini Reiki level 1. Anda akan diajar dengan lengkap bagaimana untuk melakukan rawatan penyembuhan dan penyembuhan secara jarak jauh. Kundalini reiki level 1 adalah bersamaan dengan attunement USHUI Reiki level 1-2-3.

KUNDALINI REIKI LEVEL 2
Saluran Reiki telah diperkuatkan. Mula terjadinya pembangkitan Kundalini dimana penaikan 'api' kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini dalam Kundalini Reiki level 3. Anda juga akan diajar meditasi khusus untuk menaikkan 'api'/energi kundalini dengan cepat disamping dapat membersihkan kesemua cakra / sistem energi. (Syarat attunement: minima 2 hari selepas attunement Kundalini Reiki level 1).

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (Kundalini Reiki Master)
Mula berlaku pembangkitan penuh kundalini hingga ke cakra mahkota. Anda akan diajar cara memberi penyelarasan kepada batu kristal agar mampu bertindak sebagai saluran Reiki.
(Syarat attunement: minima 10 hari selepas attunement kundalini reiki level 2.
Beberapa attunement tambahan akan diberikan dalam Kundalini Reiki level 3 iaitu: -
1. Balance Reiki 5. Birth Trauma Reiki
2. Diamond Reiki 6. Location Reiki
3. Crystalline Reiki
4. DNA Reiki
Kesemua teknik ini sudan termasuk didalam attunement Kundalini Reiki Level 3, tidak perlu diambil secara berasingan.

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 1
HEALING / PENYEMBUHAN.
Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki level 1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri mahupun orang lain secara dari jarak dekat mahupun jarak jauh. Melalui pengosongan minda dan niat Kundalini Reiki maka energi penyembuhan itu akan mengalir,dan anda biarkan is terus mengalir, tanpa perlu lagi menumpukan perhatian, kerana la akan berfungsi dengan sendirinya, hanya anda atau pesakit perlu bertenang dan alami energi itu. Selepas 3 atau 5 minit akan dirasakan energi itu berhenti dan anda biasanya akan merasai sedikit keletihan, ini bermakna proses penyembuhan telah siap.
Walaupun begitu, energi penyembuhan ini tetap akan terus wujud di dalam tubuh pesakit. Ertinya proses penyembuhan akan terus berjalan tanpa sempadan masa, lokasi dan situasi. Kerana itu juga energi ini dlkenall sebagai energi pintar anda cuma perlu programkan dan ia akan berfungsi dimana penyakit yang tersembunyi akan muncul keluar dan sasaran keberadaannya dicari dengan pasti. Dengan cara ini pesakit akan sentiasa menerima penyembuhan tepat yang diperlukan tanpa mengambil kira samada penyakitnya itu berat atau ringan. Ingatlah yang energi itu akan sentiasa mengalir ke mana ia diperlukan.
Ini adalah perumpamaan/contoh untuk membantu anda untuk lebih memahaminya:
Sekiranya anda mencurahkan sebekas air (sifatkan air ini sebagai energi) ke atas sebatang jalan yang di penuhi dengan lubang-lubang di bawahnya. Apa yang akan berlaku? Air akan berkumpul di dalam lubang di bawah jalan tadi. Anda tidak perlu mengisi setiap lubang satu persatu untuk memenuhinya. Air tadi akan mengalir ke situ dengan sendirinya. Inilah caranya pengaliran energi. Mulakan pengaliran dan ia akan berkumpul di mana la diperlukan. !

CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN KEPADA ORANG LAIN
1) Letakkan telapak tangan anda di tempat yang sakit atau di bahu pesakit.
2) Kosongkan minda anda dan niat "Reiki mengalir..." (selepas attunement Kundalini Reiki level 2, anda boleh niatkan "Kundalini Reiki" ). Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3) Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulai berhenti atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah sempurna.
UNTUK RAWATAN DIRI SENDIRI,
sentuh pada tempat yang sakit atau pada dada sendiri lalu alirkan energi Reiki.

Selepas membuat rawatan kepada orang lain disarankan anda:
1. Memutuskan hubungan energi dengan penerima
2. Melakukan "Grounding" / membuang energi yang tidak diperlukan
MEMUTUSKAN HUBUNGAN ENERGI DENGAN PESAKIT
Semasa melakukan penyembuhan kepada pesakit, anda telah terhubung dengan energi eterik pesakit tersebut. Adalah penting untuk memutus hubungan energi diantara anda dan pesakit kerana jika tidak ia berkemungkinan menyebabkan tenaga anda akan diserap secara terns menerus oleh pesakit tersebut dan membuatkan anda merasa kekurangan tenaga / keletihan.
Caranya : Setelah habis mengalirkan energi, renjis-renjis atau kibas-kibaskan tangan anda sambil niatkan " Ya Allah Putuskan energi hubungan energi saya dengan pesakit".... Sebut 3x dalam hati dengan tegas.

GROUNDING / MEMBUANG ENERGI YANG TIDAK DIPERLUKAN •
Selepas memutuskan hubungan energi anda dengan pesakit, maka lakukan pula grounding iaitu membuang energi yang tidak diperlukan. Diantara kaedah yang boleh dilakukan ialah:
Kaedah #I:
Berdiri menjejak kaki di atas tanah tanpa sebarang alas kaki. Kemudian niatkan – "Buang energi negative ke bumi". Berdiri seketika lebih kurang 2-5 minit.
Kaedah #2:
Sediakan sebesin air bersih yang dicampur dengan satu 1-2 sudu garam kasar. Rendamkan kedua telapak tangan anda kedalam air larutan garam tersebut sambil niatkan – "Buang energi negative". Rendam selama 2-5 minit kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Kaedah #3:
Alirkan tangan anda dibawah air paip yang mengalir secara terus-menerus lebih kurang 2-5 minit sambil niatkan – "Buang energi negative"
Kaedah grounding ini adalah penting untuk menyeimbangkan kembali tenaga dalaman anda setiap kali selepas melakukan rawatan. Ini adalah kerana anda akan menerima longgokan energi didalam tubuh anda setiap kali anda melakukan rawatan. Longgokkan energi ini jika terlalu banyak didalam tubuh anda akan mengakibatkan anda merasa pening kepala atau kepanasan tubuh badan. Manakala jika kekurangan tenaga pula boleh menyebabkan anda keletihan. Dengan melakukan teknik grounding ini membolehkan, anda membuang lebihan energi didalam tubuh anda dan memberikan anda energi yang baru.
LEBIHAN ENERGI YANG TIDAK DIPERLUKAN
Sering kali tedadi dimana seseorang itu terasa pangs-pangs badan , getaran energi , arus tenaga ditelapak tangan dan tubuh yang melampau dan mengganggu keselesaan, atau pening kepala. Ini mungkin kerana anda mengalami lebihan energi didalam tubuh. la dapat di redakan dengan melakukan teknik grounding seperti diatas , iaitu niatkan –"Buang lebihan energi, selaras dan seimbang dalam tubuhku".

CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN SECARA JARAK JAUH
1) Visualkan / bayangkan tuliskan dengan jari - nama pesakit ditelapak tangan anda. Kcmudian pertemukan tekupkan kedua belch telapak tangan anda diantara satu sama lain. Atau tulis pada kertas atau alirkan terus pada gambar pesakit.
2) Kosongkan minds anda dan niat "Reiki mengalir..." (selepas attunement Kundalini Reiki level 2, anda boleh niatkan "Kundalini Reiki" ). Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut. Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3) Setelah 5-7 minit anda akan merasakan aliran energi mulal berhenti atau anda merasakan sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah selesai. Walaubagaimanapun, energi penyembuhan ini akan terus berkerja kepada pesakit.
Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan terhadap diri sendiri. Sebaik-baiknya proses penyembuhan perlulah dilakukan kepada diri sendiri pada setiap hari.

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)
Biasanya terdapat suatu hubungan karma diantara seseorang yang kita sayangi atau yang pernah kita sayangi. Hubungan ini kadangkala boleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh-pengaruh negatif kepada bahagian fizikal dan energi kita. Kerapkali hubungan¬ hubungan itu bertambah kuat apabila hubungan karma disembuhkan. Anda perlu menggunakan jenis penyembuhan sebegini di antara diri anda dan mereka yang anda sayangi atau pernah anda sayangi. Untuk ini anda perlu menggunakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki hubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain.
Kaedah yang digunakan ialah seperti kaedah penyembuhan jarak jauh. Sebagai contoh, jika anda ingin memperbaiki hubungan diantara anda dengan ibu anda. Tuliskan -"hubungan saya dengan ibu saya" dengan jari anda di telapak tangan, tekupkan kedua telapak tangan anda clan alirkan energi seperti biasa. Jika anda ingin melakukan penyembuhan terhadap orang lain, sebagai contohnya — tuliskan "hubungan Ahmad dan ibunya" dan alirkan energi. Kebiasaannya cukup di alirkan sekitar 5-7 minit sahaja.

SITUATION / QUALITY HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI / KUALITI )

Anda juga boleh menyembuhkan sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/ watak. Seperti ketidakstabilan emosi. contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas, kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri', kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.
Tuliskan / niatkan —"perasaan marah saya" atau "kesedihan saya"

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 2
HEALING / PENYEMBUHAN
Mulai daripada saat ini, apabila melakukan penyembuhan, anda patut niatkan "Kundalini Reiki" kerana ketika ini anda juga menggunakan "Energi Kundalini" sebagai energi penyembuhan. Kaedah rawatan adalah sama seperti penjelasan teknik Kundalini Reiki level 1.

1) KUNDALINI REIKI MEDITATION / MEDITASI KUNDALINI REIKI
Anda sudah boleh melakukan meditasi khusus Kundalini Reiki bagi tujuan membersihkan cakra-cakra dan salurar. energi anda.

Berikut adalah kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:
1) Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata
     (cara yang sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
2) Niatkan "**Meditasi Kundalini Reiki". Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas  
    5  minit kcinudiannya. Tenang dan santai serta nikmatilah proses ini.

**Kaedah altematif untuk Muslim:
Niatkan " Sahaja aku bermeditasi untuk membersih tubuh lahir dan batin kerana Allah taala"

(PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM BILIK / RUMAH)
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
CONTOH:
1. Jika ingin membersihkan energi negatif di rumah kawan anda yang si Ahmad. Contoh seperti berikut – visualkan / tuliskan dengan jari - "Rumah Ahmad" ditelapak tangan anda. Kemudian pertemukan / tekupkan kedua-belah telapak tangan anda diantara satu sama lain. Atau tulis pada kertas dan tekap telapak tangan pada kertas.
2. Kosongkan minda anda alirkan energi seperti cara biasa. Cukup sekadar 5-7 minit sahaja. (Niatkan: Reiki mengalir.. atau Kundalini Reiki mengalir....)
3. Kaedah ini perlulah di ulang setiap 14 hari sekali.
Jangan khuatir jika anda tidak dapat visualkan perkara yang dikehendaki itu dengan jelas dan tepat di telapak tangan kerana dengan hanya berniat sahaja sebenarnya energi tersebut telah langsung menuju kepada perkara yang dimaksudkan.

PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI LEVEL 3
ATTUNEMENT TAMBAHAN
Inilah tahap terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki dan dari tahap ini anda sudah mencapai tahap master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan:
1. DIAMOND REIKI (Reiki Berlian) – sebuah kristal etherik telah ditempatkan di atas cakra Mahkota. hanya suatu energi yang kuat dalam situasi penyembuhan.
Cara penggunaannya: Niatkan sahaja "Diamond Reiki". Anda dapat merasakan energi yang lebih kuat daripada energi Reiki biasa. Teknik ini boleh dikombinasikan dengan energi Reiki yang lainnya.
2. CRYSTALLINE REIKI (Reiki kristal) Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu, ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma, sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh,kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah ini, kristal tersebut boleh dicair dan disembuhkan.
Cara penggunaannya: Teknik ini tidak dapat dilakukan secara jarak jauh. Memerlukan 2 kali sesi rawatan dimana setiap sesi mengambil masa 15 minit. Posisi kedua belah telapak tangan hendaklah menyentuh pesakit. Walaubagaimanapun jika hendak dilakukan pada diri sendiri, anda harus menggunakan kaedah penyembuhan jarak jauh. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.
3. DNA REIKI (Reiki DNA) – Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan untaian DNA. Anda kini mampu menyembuhkan genetik dan penyakit keturunan yang negatif. Kesan keberhasilannya dapat anda lihat selepas 3 minggu.

Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak
tangan dan jarak jauh. Hanya matkan "DNA Reiki mengalir...." Dan alirkan sekitar
5-7 minit. . Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

4. BIRTH TRAUMA REIKI (Reiki trauma kelahiran)
Trauma yang paling berat biasanya adalah proses kelahiran. Trauma kelahiran tersebut boleh disembuhkan dengan perlahan-lahan dengan kaedah ini. Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak tangan dan jarak jauh. Hanya matkan "Birth Trauma Reiki mengalir...." Dan alirkan sekitar 5-7 minit.. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

5. LOCATION REIKI (Reiki lokasi)
- Sebagaimana adanya hubungan karma diantara manusia, terdapat juga hubungan diantara manusia,lokasi/tempat dan juga bumi. Hubungan-hubungan ini boleh melemahkan kita dan kadangkala ia mempengaruhi kesihatan fizikal kita. Energi yang digunakan di sini sedikit berbeza dengan Diamond Reiki, dan mendatangkan kesan yang optima.
Cara penggunaannya: Dapat dilakukan dengan cara sentuhan kedua belah telapak tangan dan jarak jauh. Hanya niatkan "Location Reiki mengalir...". Dan alirkan sekitar 5-7 minit. Teknik ini hanya dapat dilakukan kepada seorang demi seorang dalam satu masa.

6.BALANCE REIKI (Menyeimbangkan energi) — berfungsi untuk menyeimbangkan sistem energi didalam, tubuh.
Cara penggunaannya: Sentuh dan cantumkan kesemua jari-jari dan ibu jari di kedua-dua tangan, dan niatkan "Balance Reiki". Cukup hanya 30 saat sahaja. Proses ini akan berjalan dengan sendirinya selama 1 jam dan hanya perlu dilakukan 1 kali sehari sahaja. Posisi tangan ketika "Balance Reiki" adalah seperti rajah di sebelah.

BEFORE TREATEMENT (Sebelum rawatan)
Sebelum melakukan rawatan pada orang lain, maka disarankan seseorang jurusembuh untuk melakukan rawatan ke atas diri sendiri terlebih dahulu, terutama : Crystalline Reiki, DNA Reiki,Location Reiki, dan Birth Trauma Reiki. Perkara in' hendaklah dilakukan sekurang-¬kurangnya 1 kali seumur hidup. BUKAN dilakukan setiap kali ingin member' rawatan kepada orang lain. Tetapi jika dilakukan selalu pun tiada salahnya. Terpulang kepada anda.

Anda Telah Khatam Kundalini Reiki – Tahniah Gunakanlah Untuk Kebaikan Insyallah.