Header Welcome

text

JEMPUT DATANG KE BLOG SAYA..mudah mudahan dengan kehadiran blog ini ia dapat memberi manfaat kepada semua, bukan nak tunjuk pandai atau hebat tetapi sekadar berkongsi secebis pengetahuan dari Ilmu Allah yang ada dimuka bumi ini ...

Tuesday, December 15, 2009

PROMOSI HEBAT 2010 - KUNDALINI REIKI PERCUMA

Maaf Promosi Tamat ..... SMS Master UTK promo terkini
HEBAT - ATTUNMENT LEVEL 1 PERCUMA ( REIKI )
SELEPAS ATTUNMENT ANDA MAMPU MENGGUNAKAN ENERGI REIKI UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN SEPERTI APA YANG DINYATAKAN DALAM BLOG INI.

APA PERLU ANDA LAKUKAN - HUBUNGI SAYA MELALUI SMS ATAU EMAIL DAN NYATAKAN NAMA PENUH ANDA SERTA IBU ANDA DAN NYATAKAN BILA ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA ATTUNMENT ATAU IJAZAH DARI SAYA FAIZAL BIN SURIP.

SEBELUM ITU FAHAMKAN SEGALA MAKLUMAT TTG REIKI DALAM BLOG IAITU " TEKNIK MENERIMA ATTUNMENT"

*** UCAPKAN AFIRMASI PENERIMAAN ATTUNEMENT Level 1 *** :

" Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Saya sekarang sedang menerima attunement Kundalini Reiki *** LEVEL 1 daripada master FAIZAL BIN SURIP dengan sempurna dan abadi'.

SETELAH BERSEDIA HUBUNGI SAYA MELALUI SMS BILA ANDA BERSEDIA

SELEPAS ATTUNMENT SMS APA SENSASI YANG AND LALUI - TAPI TAK LE PENTING SANGAT SENSASI TU.

KEMUDIAN AMALKAN SETIAP HARI DAN BUAT PERMULAAN AMALKAN 21HARI BERTERUSAN INSYAALLAH ANDA AKAN NAMPAK KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAANNYA. aPA YANG PERLU AMALKAN - 1. mEDITASI SEHARI SEKALI DENGAN NIAT "AKU BERMEDITASI UNTUK MEMBERSIHKAN DIRIKU ZAHIR DAN BATIN KERANA ALLAH " NAFAS SESANTAI MUNGKIN .... 2.LAKUKAN RAWATAN UNTUK DIRI SENDIRI SETIAP HARI 3.LAKUKAN RAWATAN KEPADA SESIAPA ATAU APA AJE YANG MEMERLUKAN TANPA PERLU DIPINTA........ INGAT UTK LEVEL SATU ANDA HANYA BOLEH GUNA ENERGI REIKI SAHAJA IAITU ...CONTOHNYA UNTUK RAWATAN NIAT REIKI MENGALIR - ANDA BOLEH GUNAKAN ENERGI REIKI MENGIKUT KREATIVITI ANDA.

TAMBAHAN : SEBAGAI SEORANG MUSLIM AMALKANLAH...
1. AYAT LIMA IAITU 4KUL DAN 1FATIHAN SETIAP HABIS SOLAT - INI AMALAN YANG SAYA PELAJARI DARI PESANTREN NUR FATIH - UNTUK PENDINDING DIRI DAN BANYAK LAGI KELEBIHANNYA.

SELEPAS ANDA YAKIN DENGAN KEBAIKAN REIKI BOLEHLAH ANDA TERUSKAN LEVEL 2 & 3 DENGAN MAHAR ATAU YURAN TERKINI

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA DI
NO 4 JALAN RE 2 TAMAN RAMBAI EMAS 75250 MELAKA
EMAIL - jawason72@gmail.com
sms - 0132081972


SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGGIT
KM.4 JALAN PANTAI PERINGGIT 75400
PERINGGIT MELAKA.

KESEMUA DILAKUKAN SECARA JARAK JAUH AJE - TAK RUGI ANDA MENCUBA - KERANA IANYA PERCUMA (level1) UNTUK ANDA MENCUBA KEBAIKAN REIKI

Tuesday, November 17, 2009

KAEDAH MEMBACA FATIHAH

Sebahagian ulama salaf telah menyusun cara membaca surah al-Fatihah dalam bilangan tertentu dan cara yang pelbagai, antaranya:

1) Istiqamah membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap lepas solat.

2) Membaca sebanyak bilangan para rasul, ahli Badr, bilangan kaum Nabi Luth iaitu 313 kali.

3) Membaca sebanyak 40 kali di waktu sahur.

4) Untuk murah rezeki dan tercarap segala hajat, baca surah al-Fatihah 30 kali selepas solat Subuh, 25 kali selepas Zohor, 20 kali selepas Asar, 15 kali selepas Maghrib dan selepas Isyak 10 kali. Semuanya berjumlah 100 kali. Masyhur dinamai dengan Wird al-Sa‘adah (ورد السعادة) – Wirid Kebahagian.

Dalam Syair Imam Ghazali:

Jika kau ingin meraih rezeki,

dan mencapai apa yang dimaksud baik budak maupun merdeka.

Meraih apa yang kau inginkan secara cepat,

merasa aman dari khilaf dan pengkhianatan.

Maka bacalah Fatihatul kitab (al-Fatihah) kerana di dalamnya,

tersedia rahsia apa saja bagi sesuatu yang engkau hajati.

Lazimilah membacanya setiap waktu,

Subuh, Zuhur, kemudian Asar.

Begitu juga pada waktu Maghrib dan setiap malam,

hingga sembilan puluh dan iikuti sepuluh.

Raihlah apa engkau ingin dari kemuliaan dan kehormatan,

kewibawaan yang besar dan penghormatan.

Pelindung yang tak dapat diubah oleh malam,

melalui kejadian yang membuat berkurang.

Kejayaan serta kegembiraan berturut-turut,

rasa aman dari desakan setiap kejahatan.

Dari kesusahan, kefaqiran, keterputusan,

dari kekejaman pihak yang berkuasa melarang dan memerintah.

Jika engkau melakukannya akan datang padamu,

seseorang yang akan mencukupi mu dari Zaid dan ‘Amar.

Sebelum ini saya telah sebutkan beberapa amalan riyadah membaca al-Fatihah. Dan yang di atas adalah sebahagian amalan lagi warisan ulama tradisional.

Sumber:

al-Maliki al-Hasani, Dr. Muhammad Alwi. أبواب الفرج لسليل بيت العلم والتقى . 1998M. Cairo, Egypt.

Tuesday, November 10, 2009

KAEDAH MERAWAT SELEPAS LEVEL1

1. Anda hanya boleh menggunakan energi reiki sahaja
2. Letak tapak tangan anda pada tempat yg. Sakit atau bahu pesakit

3. Kosongkan minda anda dan niat “ Reiki mengalir…” Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsenterasi . Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.

4. Setelah 5-7 minit anda akan merasai aliran energi mulai berhenti atau anda mukin merasai sedikit keletihan. Ini bermakna proses penyembuhan telah sempurna.

5. Arahkan tapak tangan anda pada pesakit ( bukan muhrim) atau pesakit yang sukar didekati dan niat reiki mengalir. Lakukan sama seperti di atas.
6. Untuk rawatan jarak jauh, perawat hanya perlu tulis nama pesakit pada tapak tangan atau kertas dan tangkupkan tapak tangan yang satu lagi dan niat reiki mengalir- lakukan 5-7 minit – selesai- boleh gak alir pada gambar beliau.

7. Utk. Rawatan diri sendiri – sentuh pada tempat sakit atau pada dada sendiri dan niat reiki mengalir.
8. Kaedah rawatan sebenarnya ikut kreativiti seorang pengamal reiki - ikut niat


Selepas Membuat Rawatan Kepada Orang Lain disarankan Anda:

1. Memutuskan hubungan energi dengan penerima

***Tujuannya - untuk mengelakkan tenaga anda terus menerus diserap oleh pesakit dan menyebabkan anda

kekurangan tenaga atau merasa letih.


2. Melakukan ***grounding*** / membuang energi yang tidak diperlukan.
** untuk menyembangkan energi dalam badan sama ada lebihan energi slps melakukan
rawatan atau supaya dapat memberikan energi yang baru.


Kaedah Memutuskan Hubungan Energi:

Setelah habis mengalirkan energi , renjis-renjis atau kibas-kibaskan tangan anda sambil niatkan "Putuskan hubungan energi saya dengan pesakit" .... Sebut 3x dalam hati dengan tegas.


3 Kaedah Grounding:( utk membuang energi yg tidak diperlukan)

1. Berdiri tegak, jejak kaki di atas tanah berkaki ayam

- kemudian niatkan "buang energi -ve ke bumi"- lakukan 2-5 minit.


2. Masukan 1-2 sudu garam kasar ke dalam besin mengandungi air , rendamkan tapak tangan ke dalam larutan tersebut dan niatkan " buang energi -ve " lakukan 2-5 minit, kemudian bilas dgn. air biasa.


3. Letakkan tangan di bawah aliran air paip secara berterusan selama 2-5minit sambil niatkan "buang energi -ve"



Monday, November 9, 2009

Tidak Ada Sensasi Bukan Bermakna Tidak Ada Energi

Jika anda tidak merasakan apa apa sensasi semasa attunement berlangsung tidak bermakna anda tidak memperolehi attunement.Yakinlah bahawa attunement PASTI berjaya. Sensasi itu berhubung dengan tahap kepekaan seseorang. Jika anda benar benar relex , ianya lebih mudah dirasai.

Saturday, November 7, 2009

Teknik Menerima Attunement/ Ijazah Jarak Jauh

1. Bersiap sedia 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. ( jika ada )

2. Caranya , duduk bersila dengan badan tegak dan tidak bersandar. Telapak
tangan di atas peha dekat lutut dan membuka ke atas. Boleh juga duduk di
atas kerusi. Kaki menyentuh lantai,mata di pejamkan. Setelah santai barulah
mulai attunment atau ijazah dengan tetap pada posisi tersebut.

3. Pastikan anda tidak memakai sebarang benda yang bersifat mengalirkan energi
seperti logam, batu kristal dan kulit.

4. Tenangkan diri dan berdoa mengikut kepercayaan masing masing

*** UCAPKAN AFIRMASI PENERIMAAN ATTUNEMENT Level 1 *** :

" Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Saya sekarang sedang menerima attunement Kundalini Reiki *** LEVEL 1 daripada nama master yang memberi attunement dengan sempurna dan abadi'

5. Lakukan meditasi selama ~ 25minit. Bernafas dgn. perlahan dan tenang seperti biasa dan sesantai mungkin. Jangan fikir atau mencari "rasa" ( sensasi ) apa pun. Hayati dan nikmati pernafasan anda dengan setenangnya.

6. setelah selesai ucapkan terima kasih ( alhamdulillah ) kepada Allah yang maha esa di atas attunement atau energi yang diberikan.

***** Attunement dilakukan secara berperingkat *****
Untuk level 2 dan 3 sila ikut jarak masa yang ditetapkan. Tukar niat kepada level 2 atau level 3

Peringatan:
Untuk pakej anda hanya perlu menghubungi saya sekali sahaja iaitu sebelum attunement level 1. Manakala bagi yang ikuti kursus berperingkat maka kena hubungi saya pada setiap kali attunement.

Friday, November 6, 2009

KUNDALINI REIKI (VERSI 2008)

KUNDALINI REIKI (VERSI 2008)

KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Photo dibawah menunjukkan diantara kaedah rawatan dalam Reiki



**(Photos owner from suzanneReiki.ca - thanks!)



Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.
Kundalini Reiki 2008
Ia adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya.ang diajar.

KUNDALINI REIKI LEVEL 1– KR1

Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.

KUNDALINI REIKI LEVEL 2– KR2
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.

MODULE PEMBELAJARAN & TEKNIK MASTER KUNDALINI REIKI
HEALING (PENYEMBUHAN) - Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.) -Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat. www.reiki-malaysia.com
HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA) -Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.
SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI)-Untuk menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.
DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN) - Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.
CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL) - Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
DNA REIKI (REIKI DNA) - Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.
BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN) - Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan - teknik ini
LOCATION REIKI (REIKI LOKASI) Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI) - Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .
MODULE TAMBAHAN
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT:
1. Penarik Cinta dan Pengasihan
2. Rezeki dan Kekayaan
3. Meningkatkan Karisma Diri
4. Pemagaran Ghaib
5. Peminjam Membayar Hutang
6. Mengaktifkan Panca Ke-Enam
7. Pelbagai hajat, Matlamat dan Masalah
ATTUNEMENT
Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.
Kursus ini diambil secara jarak jauh . Ianya amat mudah anda hanya perlu sms atau hubungi saya di talian : +6013-2081972.

YURAN PERLATIHAN MASTER KUNDALINI REIKI
Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 (RM760.00) , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 (RM2,280.00) dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 (RM38,000.00)!!....
Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.
TERMURAH DI MALAYSIA!!
Ya! Dengan yuran serendah RM336 (biasa RM2,215) Anda akan dapat:
1. Attunement Kundalini Reiki Level 1 - level 3 (Master)
2. Manual Master Kundalini Reiki V2008
3. Anda boleh Beri Attunement Kepada Orang Lain
4. Sijil Master Kundalini Reiki
5. BONUS 1- CD MP3 Muzik Meditasi + Muzik Meditasi Untuk Pelbagai Hajat
6. BONUS 2- CDROM Diktat Paranormal & Ilmu Hikmah
7. BONUS 3- CDROM Lengkap Rahsia Tarikh Lahir
8. BONUS EKSKLUSIF - Master Gold Reiki (level 1 - 3)

"KALAU ADA YANG MUDAH,
KENAPA AMBIL YANG SUSAH"
"KALAU ADA YANG CEPAT,
KENAPA AMBIL YANG LAMBAT"
"KALAU ADA YANG MURAH,
KENAPA AMBIL YANG MAHAL"

CARA MEMBUAT BAYARAN:
Hubungi / SMS
FAIZAL BIN SURIP
NO. 4 JALAN RE2 TAMAN RAMBAI EMAS 75250 MELAKA.

Sebarang pertanyaan gmail: jawason72@gmail.com

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN REIKI

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN REIKI
1. Mengalir secara automatik
Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur.
Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari si pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (di-attune), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.
Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.
2. Mengalir sesuai dengan keperluan
Kekuatan aliran Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit sangat sakit ataupun secara emosi sangat terganggu, Reki akan mengalir dengan lebih kuat. Jadi, kekuatan aliran Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang alamiah, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran energi yang terjadi tidak terikat niat dari pengamal. Energi reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri.
Beberapa orang pengamal Reiki mengamati bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika semasa berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain. Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa Reiki mengalir ketempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran reiki terhenti. Melalui percubaan-percubaan perubatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat.
3. Reiki sama kuat pada kedua belah tangan
Aliran dan kesan Reiki sama pada kedua belah tangan. Tidak perlu dikhuatirkan tangan mana yang "memberi" atau "menerima". Apabila kita mengubati seseorang selama satu jam dengan satu tangan, ia akan memperolehi setengah bila kita menggunakan kedua belah tangan kita. Kualitinya tidak berubah. Kita juga boleh mengubati seseorang dengan satu tangan dan orang lain dengan tangan yang satu lagi.
Perlu mengetahui tentang aturan yang berkaitan dengan tangan. Misalnya: kedua tangan harus tetap terletak pada tubuh pesakit. Kedua : tangan tak boleh bersilangan; perletakan harus pada sisi tubuh tertentu. Dan seterusnya. Tidak ada yang salah dengan ilmu-ilmu seperti itu. Tetapi bila kita menggunakan Reiki secara sendiri, aturan-aturan tersebut menjadi tidak perlu. Bila kita menggabungkan Reiki dengan ilmu lain, mungkin kita perlu memperhatikan aturan-aturan dari ilmu tersebut. Hal ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan Reiki, ianya akan tetap mengalir dan bekerja.
4. Reiki tidak akan kehabisan
Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya.
Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurasan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya.
Ada kecenderungan untuk menggambungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas,shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh.

5. Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.
Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Dari pengamatan ini kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energi fizik tubuh kita.
6. Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.
Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya (atau ubat penenang!).
Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana mereka merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis.
7. Kita boleh menyembuhkan diri sendiri dengan Reiki.
Banyak "penyembuh berbakat" yang boleh menolong orang lain, tetapi tidak boleh menolong diri sendiri kerana ilmunya tidak boleh bekerja secara efektif bila mereka mencuba menyembuhkan diri sendiri. Kerana Reiki bekerja terlepas dari tubuh pengamal, pengamal boleh meletakkan tangannya pada tubuh mereka sendiri dan menikmati seluruh aliran dan manfaat dari Reiki. Hal ini sangat penting bila ditinjau dengan kaca mata penyembuhan preventif. Salah satu kenikmatan dari kehidupan seorang pengamal adalah waktu dan kemampuan yang digunakan untuk mengubati diri sendiri.
8. Siapapun boleh diselaraskan energinya (di "attune") dengan Reiki.
Bila "attunement" dilakukan dengan benar, siapa pun boleh memperolehi pengaktifan Reiki melalui tangannya. Bahkan "attunement" boleh dilakukan pada mereka yang sedang dalam koma. Kanak-kanak dan haiwan. Asalkan seluruh "attunement" diterima, siapa pun akan memiliki Reiki seumur hidupnya.

9. Reiki bukan suatu kepercayaan, agama ataupun aliran.
Reiki dipraktikkan oleh banyak orang dari berbagai latar belakang. Orang Muslim, Kristian, Yahudi, ateis dan lain-lain boleh memperolehi manfaat daripada Reiki. Kerana ia tidak terikat pada satu agama atau pun kefahaman tertentu. Apabila kita telah memperolehinya kita akan memilikinya seumur hidup dan boleh digunakan mengikut keinginan kita. Kita tidak perlu terikat kepada satu kumpulan atau pun kelompok . Kita boleh memilih menganggotai sesuatu kumpulan apabila kita inginkan memperolehi maklumat dan berjumpa dan bertemu dengan pengamal Reiki yang lain.
Tidak ada guru dalam Reiki, walaupun ada orang yang menganggap dirinya sebagai guru. Para Reiki Master adalah manusia biasa yang telah dilatih untuk menyelaraskan energi orang lain. Mereka memiliki kelebihan, kelemahan dan krakter sebagai manusia biasa seperti yang lain. Biasanya Reiki Master menganggap dirinya sebagai "Master dalam mempelajari" .
10. T idak ada kesan sampingan yang berbahaya daripada Reiki.
Dalam masa dua dekad ini, semenjak para Reiki Master secara aktif menyelaraskan energi kepada orang lain di Barat, belum ada laporan mengenai kesan sampingan yang negatif daripada Reiki. Ramai orang yang beranggapan ianya membawa kesan yang negatif . Ini kerana ianya tidak memiliki kefahaman terhadap proses penyembuhan dari sudut psikologi dan ia boleh disalah ertikan apa yang mereka alami. Apabila tubuh melalui proses penyembuhan, kadang kala dirasakan kesan yang tidak baik dalam jangka masa pendek.
Contohnya : seseorang yang mengeluh sendinya terkena penyakit arthritis mungkin akan merasai peningkatan rasa sakit selama beberapa kali ketika proses penyembuhan Reiki pertama kali dilakukan. Aliran Reiki akan meningkatkan aliran darahnya ke sendi yang tidak pernah dialiri darah dengan baik selama bertahun-tahun. Peningkatan aliran yang mendadak ini tentunya akan terasa sakit pada awalnya, tetapi akhirnya akan memberi kesan yang luar biasa!.
Mereka yang memiliki stress serta emosi yang tidak stabil akan merasakan seperti tidak tentu arah ketika proses aliran Reiki di saat awal proses penyembuhan mereka. Penyakit kanser juga sering mengalami peningkatan rasa sakit disekitar tumor pada awal penyembuhannya.
11. Reiki bersifat saling melengkapi terhadap ilmu lain.
Tidak ada kontra-indikasi dalam penggunaan Reiki dapat digunakan sendiri atau pun digabungkan dengan terapi jenis lain. Adakalanya masalah kesihatan yang kita alami begitu serius sehingga kita perlu memanfaatkan semua yang ada disekitar kita. Contohnya: Reiki sangat luar biasa bila menyembuhkan luka, bahkan yang besar sekali pun. Tetapi, apabila penyakit tersebut sangat kronik dan memerlukan pembedahan, maka kita tetap perlu menemui doktor bedah tersebut. Pada masa ini kita boleh memberikan Reiki pada tubuh kita sebanyak mungkin kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangi rasa sakit dan bekas luka.

Penyakit serius seperti kanser tetap perlu diubati dan diuruskan oleh kumpulan perubatan dalam setiap segi Reiki tetap akan meningkatkan aliran menyeluruh dari tubuh dan kemampuan tubuh untuk sembuh kembali. Reiki juga akan mengurangi kesan sampingan dari penyembuhan perubatan seperti kemoterapi dan terapi radiasi, serta memaksimakan potensi penyembuhannya. Sementara sesi penyembuhan Reiki akan difokuskan pada punca penyebab penyakit tersebut.
12. Reiki menyembuhkan pada punca sebenar penyakit (akar penyebab penyakit)
Salah satu pengamatan Reiki mempunyai kesimpulan yang penting. Pesakit dan pengamal Reiki mendapati apabila tangan pengamal Reiki diletakkan pada posisi tertentu, contohnya di kepala pesakit, pesakit akan merasakan aliran Reiki pada bahagian tubuh yang berbeza. Bahagian yang dirasakan paling kuat inilah yang mempunyai ketidak seimbangan tersebut. Contohnya pesakit yang mempunyai ginjal yang sakit, akan merasakan aliran Reiki paling kuat disekitar ginjalnya, walaupun tangan pengamal Reiki berada dibahagian anggota tubuh yang lain.
Reiki adalah energi penyeimbang secara semulajadi iaitu aliran Reiki tersebut akan menuju ketempat yang paling tidak seimbang . Sudah tentu ianya masih mempunyai kesan sampingan kerana Reiki dialirkan melalui bahagian tubuh melalui tangan si pengamal Reiki tersebut dimana tangan tersebut diletakkan.
Tubuh kita terdiri dari energi dengan tingkat getaran yang berbeza. Getaran terendah mewujudkan kerangka tubuh kita. Getaran yang lebih tinggi menjadi pelbagai otot, organ tubuh dan darah kita sehingga ke getaran yang tertinggi yang mewujudkan diri sebagai sistem energi kita (chi/Qi, prana, ki dan sebagainya). Banyak perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam suatu sistem energi. Gangguan emosi dan trauma, diet, gangguan metal, luka dan sebagainya adalah boleh menjadi penyebab sesuatu penyakit tersebut. Apabila sistem energi tidak seimbang, maka wujud perubahan secara fizik ataupun mental. Perubahan-perubahan ini kelak akan bermanisfestasi sebagai penyakit yang kita kenal.
Umumnya, setiap penyakit berpunca daripada perbagai faktor yang saling berkait. Bagaimana kita diubati akan bergantung kepada penyakit apa yang dialami. Seorang Doktor juga akan menentukan "penyebabnya" supaya boleh memfokuskan ketempat yang paling sesuai dengan punca penyakit tersebut.
Apa yang istimewa perubatan menggunakan Reiki adalah kerana Reiki tidak secara spesifik menyembuhkan penyakit yang dialami tetapi ia akan mencari punca penyakit tersebut yang lebih utama. Ini kerana Reiki merupakan energi penyeimbang, Reiki "menyembuhkan" seluruh sistem tubuh.


13. Tidak memerlukan kajian/pengetahuan punca penyakit

Seorang pengamal Reki boleh menjadi seorang perawat dalam waktu yang singkat. Sekurang-kurang seseorang yang ingin mempelajari cara mengubati dan mengenalpasti punca sesuatu penyakit dan mahir dalam bidang tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Reiki akan menuju ketempat yang paling efektif untuk pesakit tersebut. Kita tidak perlu mengetahui ke mana tenaga Reiki perlu diarahkan dan tidak perlu mengetahui juga apakah penyakitnya. Apabila seorang pesakit ingin mendapatkan kepastian tentang penyakitnya, dianjurkan supaya pesakit tersebut berjumpa dengan doktor perubatan.
Seorang pengamal Reiki akan melakukan cara yang sama untuk mengubati semua jenis penyakit. Maka ianya tidak memerlukan untuk mengetahui dimana kita harus meletakkan tangan. Apabila Reiki dipraktikkan dengan cara yang teratur, Reiki akan meningkat intuisi mereka. Intuisi ini akan mempereratkan hubungan batin dengan pesakit ketika proses penyembuhan berlaku, ini bermakna pengamal Reiki tersebut akan lebih peka terhadap kedudukan serta jenis "penyakit" pesakit. Sememangnya sangat asyik untuk mendorong peningkatan intuisi melalui Reiki, tetapi Reiki tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk mengdiagnosis penyakit orang lain. Ini kerana ianya sangat subjektif dan penuh bahaya apabila wujud kesalahan ketika melakukan diagnosis tersebut.

Apabila ketika proses perubatan, seorang pengamal Reiki dapat mengetahui tentang penyakit yang serius yang dialami oleh pesakit seeloknya menganjurkan kepada pesakit tersebut supaya melakukan "check-up" dengan doktor. Seorang pengamal yang menyatakan kepada pesakit tersebut terkena sesuatu jenis penyakit adalah dianggap sebagai tidak bertanggungjawab walaupun ianya betul! Ini bagi mengelakkan pesakit tersebut berasa terkejut dengan penyakit yang dialami olehnya.
14. Reiki mengurangi stress
Ketika seorang pesakit yang menerima aliran energi Reiki dan pesakit tersebut dihubungkan dengan peralatan "biofeedback", instrument menandakan bahawa gelombang otak mereka menunjukkan gelombang alpha. Hal ini menunjukkan ianya mengurangi tingkat stress dalam tubuh pesakit. Ramai orang yang mengatakan bahawa mereka merasakan tubuh sangat relaks dan lebih tenteram.
Stress merupakan salah satu punca utama yang menyumbangkan terhadap perkembangan sesuatu penyakit. Ianya mempunyai kesan terhadap orang tersebut dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.