Header Welcome

text

JEMPUT DATANG KE BLOG SAYA..mudah mudahan dengan kehadiran blog ini ia dapat memberi manfaat kepada semua, bukan nak tunjuk pandai atau hebat tetapi sekadar berkongsi secebis pengetahuan dari Ilmu Allah yang ada dimuka bumi ini ...

Saturday, December 25, 2010

Malam Ijazah Ilmu Tua (Gerak Panglima )

Proses pengijazahan bermula dengan kenduri doa selamat memohon kepada Allah s.w.t agar majlis pengijazahan ini mendapat perlindungan ,keberkatan dan keredhaan nya. Setiap pelajar diwajibkan membawa juadah mengikut keikhlasan. Biasanya mereka membawa nasi ambeng dengan lauk pauk seperti sambal goreng, mee goreng dan ayam engkong ( ayam golek le kata orang melayu ) kerana kaedah ini lah yang diwarisi dari orang orang terdahulu.